Showing posts with label kentang. Show all posts
Showing posts with label kentang. Show all posts
Friday, February 1, 2013

Salmon Stim dengan Labu, Kentang dan Herba

Assalammualaikum,

Ikan salmon ada antara ikan kegemaran saya, terutamanya di dalam sos putih berkrim dan dimakan bersama keju parmasen. Tetapi, itu adalah makanan orang dewasa. (that's a different recipe all together)

Apabila kita memasak makanan dengan cara stim, khasiat, tekstur dan rasa makanan adalah terpelihara di dalam satu mangkuk yang sama.

Bahan-bahan 

1. Kepingan salmon yang dicuci dengan lemon dan dipotong dadu
2. Labu dipotong dadu
3. Kentang russet dipotong dadu
4. Bawang merah kecil 2 biji
5. Bawang putih 1 biji
6. Sedikit mentaga tanpa garam (unsalted Lurpak)
7. Sedikit lada sulah
8. Beberapa helai daun dill

Cara-cara

1. Bawang merah dan bawang putih dimayang halus
2. Labu, salmon dan kentang dipotong dadu, kalau boleh sama saiz supaya sama tempoh masak
3. Susun di dalam mangkuk tahan panas bahan-bahan di atas.
4. Taburkan lada sulah dan mentega di bahagian atas ikan
5. Akhir sekali, letakkan daun dill.
6. Stim selama 10-15 minit.

Nota : Lebih sedap dihidangkan panas/suam kepada bayi. Lecekkan semua bahan sebelum diberikan kepada bayi sekiranya masih belum ada gigi.





Monday, December 10, 2012

Begedil Salmon

Assalammualaikum,

Saya pernah terbaca yang ikan salmon apabila dibekukan akan hilang zat omega-3nya, mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi kebetulan baru pulang daripada Jusco dan terjumpa ikan salmon yang nampak yum yum, terus terasa nak buat begedil salmon.

Begedil boleh jadi makanan 'instant', sebab boleh pre-prepared dan simpan shingga 1 bulan di dalam freezer. Bila-bila masa mahu guna boleh thawed dan shallow fry.

Bahan-bahan

{Untuk distim}
Ikan salmon
1 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih
Lobak merah dipotong dadu
Arahan : Stim semua bahan selama 10-15 minit.

{Untuk direbus}
1 biji kentang (jangan guna russet, nanti lembik bila mahu dikepal)
Arahan : Rebus kentang sehingga empuk.

{Homemade breadcrumbs}
Toast 2 keping roti, dan blend kering menjadi serbuk.

Campurkan kesemua bahan yang distim dan direbus menjadi satu bahagian. Taburkan daun saderi yang telah diracik kedalam bahagian yang telah digaul mesra.

Kepal-kepalkan menjadi beberapa bahagian kecil dan salut dengan breadcrumbs yang telah disediakan.

Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam freezer, tahan sehingga 1 bulan.