Showing posts with label bawang putih. Show all posts
Showing posts with label bawang putih. Show all posts
Thursday, August 1, 2013

Salmon Garden Pasta



Sudah hampir tiba ke penghujung Ramadan. Sebak.. Rindu termimpi atok dan abah. Semoga terus dilapangkan keadaan dalam kubur mereka. Semoga amalan kami sampai kepada mereka. Amin..

Hari ini hari mahu habiskan stok basah makanan Dean sebelum Sabtu kerana hari Sabtu ada pasar tani. Boleh borong lagi. *ngee*

Nama resepi kita hari ini adalah Salmon garden pasta. Ideanya masukkan apa sahaja yang mahu dihabiskan di dalam peti sejuk.

Jadinya - salmon dan pasta sebagai bahan utama. Ada radish, ada capcisum katik ( i have no idea apa namanya), ada baby peas, ada lobak merah. Dan tentunya bawang kecil dan bawang putih.

Cara-cara :

Rebus pasta sehingga lembut mengikut kesusuaian bayi anda.
'Pan fry' salmon sehingga garing. Guna minyak sedikit sahaja.
Guna minyak yang sama dan tumis bawang kecil dan bawang putih yang telah dimayang.
Apabila sudah naik bau, masukkan kesemua bahan yang telah dipotong kecil/dadu. Kacau sehingga mesra.
Masukkan salmon yang telah digoreng garing dan pecahkan kecil dengan garfu, pastikan tiada tulang yang tertinggal. Kalau guna salmon fillet selalunya tiada tulang, berbanding dengan salmon cut.
Akhir sekali masukkan pasta ke dalam pan dan kacau mesra.
Boleh taburkan keju parmesan sebelum dihidang.

Saya suka salmon, jadi expect banyak resipi gunakan salmon ya?

Jom tidi awal, semoga kita dapat bangun untuk berbicara dengan Allah sambil mengejar malam lailatulqadar..

Until then, XOXO. Muahs!

Wednesday, June 5, 2013

Nasi Goreng Rumba Cha Cha

Semalam sakit kepala nak pecah tahap gaban sebab batuk kokol dua minggu tidak mahu berhenti. Dah tu, degil tidak mahu makan ubat - cult follower Dr Jerry, maka we go natural and sunnah food - have to wait and believe it'll work. InsyaALLAH, soon.

Jadinya, ibu yang dalam kesakitan kronik ini terkenang-kenang anakanda yang perlu diberikan makanan juga. Ayahanda tidak mengapa, boleh makan kari ketam belen semalam dan kicap ABCnya.

Kita guna nasi putih yang dah ada yang Dean sayang? (selalunya saya masak nasi perang untuk Dean).

Mari kita lihat apa yang ada di dalam peti sejuk yang senang untuk dirumba cha-cha kan.

1. Nasi putih 1/2 mangkok yang diramas. (untuk makan malam sekali)
2. Daging kambing cincang
3. Florets brokoli
4. Tomato
5. Telor
6. Bawang putih dan bawang kecil
7. Minyak kelapa untuk menumis

Hiris bawang putih dan bawang kecil dan tumis di dalam sesudu minyak kelapa. Saya dapati apabila menggoreng makanan dengan minyak kelapa aromanya sangat menduga perut ibu yang memasaknya.

Masukkan daging dan goreng sehingga menjadi perang, dan tidak kemerahan lagi. Masukkan tomato yang dicincang dan florets brokoli dan kacau mesra. Masukkan nasi dan kacau lagi.

Apabila sudah tenang kekacauan di dalam kuali, ketepikan bahan-bahan dan pecahkan telor di tengah kuali dan kacau.



Makan panas-panas dengan air AVC adalah sangat sedap.

Nampak susah, tapi sebenarnya MUDAH! :)