Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts
Wednesday, June 5, 2013

Nasi Goreng Rumba Cha Cha

Semalam sakit kepala nak pecah tahap gaban sebab batuk kokol dua minggu tidak mahu berhenti. Dah tu, degil tidak mahu makan ubat - cult follower Dr Jerry, maka we go natural and sunnah food - have to wait and believe it'll work. InsyaALLAH, soon.

Jadinya, ibu yang dalam kesakitan kronik ini terkenang-kenang anakanda yang perlu diberikan makanan juga. Ayahanda tidak mengapa, boleh makan kari ketam belen semalam dan kicap ABCnya.

Kita guna nasi putih yang dah ada yang Dean sayang? (selalunya saya masak nasi perang untuk Dean).

Mari kita lihat apa yang ada di dalam peti sejuk yang senang untuk dirumba cha-cha kan.

1. Nasi putih 1/2 mangkok yang diramas. (untuk makan malam sekali)
2. Daging kambing cincang
3. Florets brokoli
4. Tomato
5. Telor
6. Bawang putih dan bawang kecil
7. Minyak kelapa untuk menumis

Hiris bawang putih dan bawang kecil dan tumis di dalam sesudu minyak kelapa. Saya dapati apabila menggoreng makanan dengan minyak kelapa aromanya sangat menduga perut ibu yang memasaknya.

Masukkan daging dan goreng sehingga menjadi perang, dan tidak kemerahan lagi. Masukkan tomato yang dicincang dan florets brokoli dan kacau mesra. Masukkan nasi dan kacau lagi.

Apabila sudah tenang kekacauan di dalam kuali, ketepikan bahan-bahan dan pecahkan telor di tengah kuali dan kacau.



Makan panas-panas dengan air AVC adalah sangat sedap.

Nampak susah, tapi sebenarnya MUDAH! :)



Sunday, December 9, 2012

Nasi Bukhari Ayam

 Assalammualaikum,

Selalunya hujung minggu baru ada masa nak masak 'from scratch food' untuk Dean. Kalau hari biasa, selalunya guna puri bahan untuk senang Mak masakkan makanan Dean. Jadinya, bangun tidur dan terus cari bahan di dapur. Hasilnya, hari ini Dean makan Nasi Bukhari Ayam ala baby. :)

Bahan-bahan (2 kali makan)

1/2 cawan beras perang yang direndam semalaman
1 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih dimayang
1/2 biji tomato dicincang
150ml stok ayam
100gm Daging ayam cincang
1 sudu rempah nasi bukhari
Sedikit kurma hitam, baby greenbeans dan badam yang dihancurkan
1 sudu minyak EVOO




Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan ayam sehingga naik bau, masukkan rempah nasi bukhari
3. Masukkan tomato dan stok ayam, biarkan mendidih
4. Masukkan stok ayam dan biarkan sehingga nasi masak
5. Masukkan kurma, kacang hijau dan badam apabila nasi hampir masak



Hasilnya, Nasi Bukhari yang baunya semerbak satu rumah!


Muka pelanggan yang sangat berpuas hati. Habis mangkuk dijilatnya. Good job boy!