Showing posts with label babyfood. Show all posts
Showing posts with label babyfood. Show all posts
Wednesday, March 13, 2013

Nasi perang & Ayam goreng kacang buncis



Anak lelaki saya sangat amat suka makan nasi. Kalau hidangan nasi, memang dia kadang-kadang mahu tambah, tak cukup semangkuk.

Hidangan hari ini, kita beri nama Nasi Perang bersama ayam goreng kacang buncis. Easy peasy.

Selalu ingat! RENDAM bijirin anda. Beras adalah bijirin juga, jadinya selalunya malam sebelum saya tidur, saya akan rendam beras bersama sedikit lemon ataupun ACV (apple vinegar cider) dan bilas bersih sebelum masak.

KENAPA perlu rendam bijirin? Quoting Tuan Tanah kak Farah Rahim di dalam blognya,

Mengapa perlu sangat untuk direndam?
Berikut adalah pelajaran sains ringkas untuk membantu anda memahami mengapa anda mungkin mahu "merendam" bijian anda:

  • Bijirin adalah benih.
  • Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
  • Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
  • Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
  • Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
  • "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.

Faham?

Baiklah, mari kita mula masak.

Beras Perang
1. Mula-mula, cuci bersih-bersih beras dan toskan.
2. Memasak beras perang yang sudah direndam adalah lebih cepat, berbanding dengan memasak beras yang tidak direndam. Selalunya ukuran air untuk memasak beras perang lebih (banyak lebih) daripada beras putih/biasa.
3. Masa memasak beras perang juga adalah sedikit lama daripada memasak beras putih.

Ayam goreng kacang buncis
Bahan yang diperlukan;

Sedikit daging ayam dicincang halus
Bawang merah, bawang putih & halia dilayang halus
2 batang kacang buncis dilayang

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia di dalam sedikit minyak zaitun
2. Apabila sudah naik bau, masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan kacang buncis dan goreng sekejap. (Ingat, jangan masak sayuran terlalu lama, hilang zatnya)
4. Masukkan secubit lada hitam dan tutup api.

Untuk hiasan, saya letakkan secubit bijian habbatussauda. Sedikit pedas, tetapi anak saya suka!



Friday, February 1, 2013

Salmon Stim dengan Labu, Kentang dan Herba

Assalammualaikum,

Ikan salmon ada antara ikan kegemaran saya, terutamanya di dalam sos putih berkrim dan dimakan bersama keju parmasen. Tetapi, itu adalah makanan orang dewasa. (that's a different recipe all together)

Apabila kita memasak makanan dengan cara stim, khasiat, tekstur dan rasa makanan adalah terpelihara di dalam satu mangkuk yang sama.

Bahan-bahan 

1. Kepingan salmon yang dicuci dengan lemon dan dipotong dadu
2. Labu dipotong dadu
3. Kentang russet dipotong dadu
4. Bawang merah kecil 2 biji
5. Bawang putih 1 biji
6. Sedikit mentaga tanpa garam (unsalted Lurpak)
7. Sedikit lada sulah
8. Beberapa helai daun dill

Cara-cara

1. Bawang merah dan bawang putih dimayang halus
2. Labu, salmon dan kentang dipotong dadu, kalau boleh sama saiz supaya sama tempoh masak
3. Susun di dalam mangkuk tahan panas bahan-bahan di atas.
4. Taburkan lada sulah dan mentega di bahagian atas ikan
5. Akhir sekali, letakkan daun dill.
6. Stim selama 10-15 minit.

Nota : Lebih sedap dihidangkan panas/suam kepada bayi. Lecekkan semua bahan sebelum diberikan kepada bayi sekiranya masih belum ada gigi.





Sunday, December 9, 2012

Nasi Bukhari Ayam

 Assalammualaikum,

Selalunya hujung minggu baru ada masa nak masak 'from scratch food' untuk Dean. Kalau hari biasa, selalunya guna puri bahan untuk senang Mak masakkan makanan Dean. Jadinya, bangun tidur dan terus cari bahan di dapur. Hasilnya, hari ini Dean makan Nasi Bukhari Ayam ala baby. :)

Bahan-bahan (2 kali makan)

1/2 cawan beras perang yang direndam semalaman
1 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih dimayang
1/2 biji tomato dicincang
150ml stok ayam
100gm Daging ayam cincang
1 sudu rempah nasi bukhari
Sedikit kurma hitam, baby greenbeans dan badam yang dihancurkan
1 sudu minyak EVOO




Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan ayam sehingga naik bau, masukkan rempah nasi bukhari
3. Masukkan tomato dan stok ayam, biarkan mendidih
4. Masukkan stok ayam dan biarkan sehingga nasi masak
5. Masukkan kurma, kacang hijau dan badam apabila nasi hampir masak



Hasilnya, Nasi Bukhari yang baunya semerbak satu rumah!


Muka pelanggan yang sangat berpuas hati. Habis mangkuk dijilatnya. Good job boy!