Salam,
Lempeng adalah makanan kegemaran Dean.
Selalunya saya akan buat lempeng pisang sekiranya tidak sempat rendam Oats pada malam sebelumnya, ataupun kami akan makan pagi di luar. Senang untuk dibawa berjalan, tidak comot.
Mari kita lihat apa resipinya..
2 sudu tepung Atta. (kenapa Tepung Atta? tepung ini tidak dilunturkan (unbleached))
2 biji pisang lemak manis (paling sedap!)
2 sudu yogurt/susu kambing/SI
Beberapa biji beri biru
Secubit serbuk kayu manis
Sedikit air sejuk
1 sudu minyak kelapa untuk menggoreng (saya guna minyak kelapa dara sebab itu sahaja yang ada) - tapi boleh abaikan minyak ini sekiranya tidak mahu.
Cara-caranya :
Lenyekkan pisang dan sedikit beri.
Masukkan yogurt dan serbuk kayu manis, kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung dan anggarkan air sejuk sehingga sebatian menjadi sedikit likat.
Panaskan minyak dan masukkan campuran. Masak setiap bahagian lempeng selama 4 minit atas api yang perlahan.
Siap untuk dihidang.
Mudah bukan?
Untuk orang dewasa boleh tambah madu, yaaa madu dan bukan gula ya Tuan tuan dan Puan puan. :p
Showing posts with label goreng. Show all posts
Showing posts with label goreng. Show all posts
Tuesday, May 28, 2013
Wednesday, March 13, 2013
Nasi perang & Ayam goreng kacang buncis
Anak lelaki saya sangat amat suka makan nasi. Kalau hidangan nasi, memang dia kadang-kadang mahu tambah, tak cukup semangkuk.
Hidangan hari ini, kita beri nama Nasi Perang bersama ayam goreng kacang buncis. Easy peasy.
Selalu ingat! RENDAM bijirin anda. Beras adalah bijirin juga, jadinya selalunya malam sebelum saya tidur, saya akan rendam beras bersama sedikit lemon ataupun ACV (apple vinegar cider) dan bilas bersih sebelum masak.
KENAPA perlu rendam bijirin? Quoting Tuan Tanah kak Farah Rahim di dalam blognya,
Mengapa perlu sangat untuk direndam?
Berikut adalah pelajaran sains ringkas untuk membantu anda memahami mengapa anda mungkin mahu "merendam" bijian anda:
- Bijirin adalah benih.
- Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
- Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
- Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
- Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
- "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.
Faham?
Baiklah, mari kita mula masak.
Beras Perang
1. Mula-mula, cuci bersih-bersih beras dan toskan.
2. Memasak beras perang yang sudah direndam adalah lebih cepat, berbanding dengan memasak beras yang tidak direndam. Selalunya ukuran air untuk memasak beras perang lebih (banyak lebih) daripada beras putih/biasa.
3. Masa memasak beras perang juga adalah sedikit lama daripada memasak beras putih.
3. Masa memasak beras perang juga adalah sedikit lama daripada memasak beras putih.
Ayam goreng kacang buncis
Bahan yang diperlukan;
Sedikit daging ayam dicincang halus
Bawang merah, bawang putih & halia dilayang halus
2 batang kacang buncis dilayang
Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia di dalam sedikit minyak zaitun
2. Apabila sudah naik bau, masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan kacang buncis dan goreng sekejap. (Ingat, jangan masak sayuran terlalu lama, hilang zatnya)
4. Masukkan secubit lada hitam dan tutup api.
Untuk hiasan, saya letakkan secubit bijian habbatussauda. Sedikit pedas, tetapi anak saya suka!
Labels:
1 year +,
acv,
apple cider vinegar,
ayam,
babyfood,
blackpepper,
dinner ideas,
farah rahim,
goreng,
habbatussauda,
halia,
kacang buncis,
lada hitam,
lunch ideas,
minyak zaiton,
rendam bijirin anda,
tumis
Subscribe to:
Posts (Atom)

