Tuesday, May 28, 2013

Lempeng Pisang & Beri Biru

Salam,

Lempeng adalah makanan kegemaran Dean.

Selalunya saya akan buat lempeng pisang sekiranya tidak sempat rendam Oats pada malam sebelumnya, ataupun kami akan makan pagi di luar. Senang untuk dibawa berjalan, tidak comot.

Mari kita lihat apa resipinya..

2 sudu tepung Atta. (kenapa Tepung Atta? tepung ini tidak dilunturkan (unbleached))
2 biji pisang lemak manis (paling sedap!)
2 sudu yogurt/susu kambing/SI
Beberapa biji beri biru
Secubit serbuk kayu manis
Sedikit air sejuk
1 sudu minyak kelapa untuk menggoreng (saya guna minyak kelapa dara sebab itu sahaja yang ada) - tapi boleh abaikan minyak ini sekiranya tidak mahu.

Cara-caranya :

Lenyekkan pisang dan sedikit beri.
Masukkan yogurt dan serbuk kayu manis, kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung dan anggarkan air sejuk sehingga sebatian menjadi sedikit likat.

Panaskan minyak dan masukkan campuran. Masak setiap bahagian lempeng selama 4 minit atas api yang perlahan.

Siap untuk dihidang.

Mudah bukan?

Untuk orang dewasa boleh tambah madu, yaaa madu dan bukan gula ya Tuan tuan dan Puan puan. :p


Masak dengan kasihsayangunlimitedincmuahsmuahs. *winks*

0 comments:

Post a Comment