Kelas kan nama panjang gitu. Ala-ala makan di restoran sahaja si Dean ni.
Hehe.. mode western telah menjelma. (sebenarnya, selalu juga makan western kenit ni)
Saya suka fettucine. Lagi-lagi kalau makan dengan white cream sauce dan salmon. Nalaa.. letak banyak-banyak parmesan. Fuh..
Tapi, kali ini kita cuba resipi lain untuk lidah Dean.
1. Beberapa 'strand' fettucine direbus seperti arahan di pembungkus, tambah 5 minit lagi untuk sesuai dimakan oleh bayi 1 tahun.
2. Apabila hampir masak, masukkan kiub kiub labu yang telah dipotong awal ke dalam air rebusan fettucine. Labu tidak mengambil masa yang lama untuk memasaknya. Toskan apabila kedua-dua sudah lembut.
3. Tumiskan bawang putih di dalam minyak zaiton. Masukkan hirisan bawang kecil dan secubit oregano/parsley. Lebih bagus kalau guna yang segar, tapi tiada. Jadi kita guna yang sudah dikeringkan.
4. Masukkan isi ayam yang telah dicincang halus, kemudian akhir sekali masukkan cendawan putih yg juga dihiris. Kacau sehingga masak. Taburkan sedikit lada hitam.
5. Gaulkan pasta, labu dan bahan yang digoreng sehingga mesra. Sekiranya ada keju parmesan boleh taburkan sebelum menghidang.
Dean suka?
Mestilah suka! Sedap sehingga menjilat sudu katanya..

0 comments:
Post a Comment