Salam,
Lempeng adalah makanan kegemaran Dean.
Selalunya saya akan buat lempeng pisang sekiranya tidak sempat rendam Oats pada malam sebelumnya, ataupun kami akan makan pagi di luar. Senang untuk dibawa berjalan, tidak comot.
Mari kita lihat apa resipinya..
2 sudu tepung Atta. (kenapa Tepung Atta? tepung ini tidak dilunturkan (unbleached))
2 biji pisang lemak manis (paling sedap!)
2 sudu yogurt/susu kambing/SI
Beberapa biji beri biru
Secubit serbuk kayu manis
Sedikit air sejuk
1 sudu minyak kelapa untuk menggoreng (saya guna minyak kelapa dara sebab itu sahaja yang ada) - tapi boleh abaikan minyak ini sekiranya tidak mahu.
Cara-caranya :
Lenyekkan pisang dan sedikit beri.
Masukkan yogurt dan serbuk kayu manis, kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung dan anggarkan air sejuk sehingga sebatian menjadi sedikit likat.
Panaskan minyak dan masukkan campuran. Masak setiap bahagian lempeng selama 4 minit atas api yang perlahan.
Siap untuk dihidang.
Mudah bukan?
Untuk orang dewasa boleh tambah madu, yaaa madu dan bukan gula ya Tuan tuan dan Puan puan. :p
Showing posts with label yogurt. Show all posts
Showing posts with label yogurt. Show all posts
Tuesday, May 28, 2013
Wednesday, March 13, 2013
Fruity Mix Crepe
This is my lazy breakfast for Dean. Selalunya samada lambat bangun and kelam kabut nak siap for work, or i was plain lazy.
Either way, nak buat crepe ni senang sangat, bahan-bahannya seperti berikut
2 sudu tepung atta
2 sudu yogurt (we prefer FarmFresh)
Sedikit air sejuk
* anggaran sahaja, campuran ini jangan terlalu likat atau terlalu cair. Agak-agak..
On a non stick frying pan, add a bit of unsalted butter (we used Lurpak's), pour in the mixture and let it cook for about 3-4 minutes each side. If it's too thick, then you need to add in more frying time for each side.
Serve warm. I added a dollop of yogurt with dragon fruits and kiwi for Dean.
Boleh guna crepe ini untuk makan dengan apa jenis makanan lain juga, seperti gulai, sambal dan sebagainya ( ini untuk mak bapak dean laa)
Subscribe to:
Posts (Atom)

