Minum petang untuk Dean kadang-kadang bila sempat. Ini adalah hari antara yang sempat.
Bahan-bahan ;
1 keping tofu lembut (saya guna Anzen organik)
Beberapa biji kurma ajwa
Air 120ml
Cara-cara
1. Stimkan tofu lembut untuk 10 minit. Sejukkan dan terapkan bentuk kesukaan anda.
2. Didihkan air dan kurma untuk 10 minit/atau sehingga kurma hancur.
3. Tapiskan air didihan kurma dan curah ke atas tofu yang sudah disediakan.
Hidangkan suam/sejuk atau mengikut kesesuaian bayi/anak anda.
Tips : Sesuai untuk hidangan semasa anak 'teething'. Soothing untuk gusi yang hendak tumbuh gigi.
Masak dengan kasih sayang...
~lalalala~
~lalalala~




