Selalunya breakfast menu adalah sangat simple sebab selalu kelam kabut nak mandi nak pergi kerja cuci pam susumbla bla bla..
Jadinya menu bulan puasa semasa breakfast dean adalah roti john!
Nampak sedap tak?
Easy peasy resipi.
Roti 1 keping
Telor 1 biji
1 biji tomato ceri
1 biji bawang kecil
1 biji radish
1 slice capsicum
1 sudu keju parmesan
Sedikit lada hitam
Cara memasak
1. Panaskan minyak dah tumis bawang hingga naik bau
2. Masukkan kesemua bahan yang telah dipotong dadu dan kacau hingga mask
3. Pecahkan telor dan terus letakkan roti ke atas bahan tadi
4. Biarkan selama 3-4 minit sebelum terbalikkan.
Pastikan telor betul-betul masak untuk menggelakkan bayi mendapat salmonella.
5. Taburkan keju dan lada hitam sebelum dihidang.
Taraaa!
Boleh juga ubah menjadi menu berbuka puasa dengan memasukkan sedikit garam.
Burp! Alhamdullilah

0 comments:
Post a Comment