Semalam sakit kepala nak pecah tahap gaban sebab batuk kokol dua minggu tidak mahu berhenti. Dah tu, degil tidak mahu makan ubat - cult follower Dr Jerry, maka we go natural and sunnah food - have to wait and believe it'll work. InsyaALLAH, soon.
Jadinya, ibu yang dalam kesakitan kronik ini terkenang-kenang anakanda yang perlu diberikan makanan juga. Ayahanda tidak mengapa, boleh makan kari ketam belen semalam dan kicap ABCnya.
Kita guna nasi putih yang dah ada yang Dean sayang? (selalunya saya masak nasi perang untuk Dean).
Mari kita lihat apa yang ada di dalam peti sejuk yang senang untuk dirumba cha-cha kan.
1. Nasi putih 1/2 mangkok yang diramas. (untuk makan malam sekali)
2. Daging kambing cincang
3. Florets brokoli
4. Tomato
5. Telor
6. Bawang putih dan bawang kecil
7. Minyak kelapa untuk menumis
Hiris bawang putih dan bawang kecil dan tumis di dalam sesudu minyak kelapa. Saya dapati apabila menggoreng makanan dengan minyak kelapa aromanya sangat menduga perut ibu yang memasaknya.
Masukkan daging dan goreng sehingga menjadi perang, dan tidak kemerahan lagi. Masukkan tomato yang dicincang dan florets brokoli dan kacau mesra. Masukkan nasi dan kacau lagi.
Apabila sudah tenang kekacauan di dalam kuali, ketepikan bahan-bahan dan pecahkan telor di tengah kuali dan kacau.
Makan panas-panas dengan air AVC adalah sangat sedap.
Nampak susah, tapi sebenarnya MUDAH! :)
